Wednesday, 13 May 2015

Menembak di Kem Terendak

.

Lama eh tak update apa la yang saya buat kat ALAM ni.. Hah maklumlah buzy je memanjang.. Minggu ni saya amik radar plotting.. Korang tahu, memang susah gile radar plotting nih.. Dah exam dah hari tu,result hari Jumaat nih.. Hari exam hari tu saya kena demam pulak.. Sakit kepala.. Kepala saya jadi berat even dah telan panadol dua bijik.. Bila dah demam ni korang paham2 lah.. Memang tak larat betul nak buat latihan banyak2 nih.. Dugaan betol!! Haish.. Doakan saya berjaya k..

Nih nak share aktiviti minggu lepas,pada 9 May 2015, kami Pasukan PALAPES LAUT ALAM pergi menembak di Kem Terendak Melaka.. u olls jangan jeles ok.. Senjata M4 bukan M16 tapi still berat jugak.. Seawal pukul 6.30 pagi, pastu sampai je sana sediakan semua peralatan yang dikehendaki,, Dalam pukul 10 pagi baru mula menembak..  Menembak nih best giler.. tapi mula2 tu saya dapat score 6 mata je untuk 30 butir peluru.. Teruk gile kan2?? Jangan gelak! Susah okey! Dengan jarak 100 m target tu nampak kecik je.. 30 butir tu memang saya tak larat la.. Sampai sakit belakang.. Yela tulang da semulajadi bengkok.. so nak angkat barang berat sikit dah sakit.. lagi2 ada impact masa menembak tu.. so jadi badan sakit2 lah.. Tapi I still having fun.. Pastu saya diberi peluang untuk menembak 20 butir.. ni lawan antara kumpulan.. Masa ni saya dapat markah 41... Hah hebat kan??? hehehe :P (bangga pulak). Apa2 pun aktiviti ni sangat seronok so saya bagi 5 bintang. haha If korang ada peluang nak cuba menembak, jangan sia-siakan okey! Just target betul2 dan pegang senapang tu kuat2 pastu tembak je! Pang! Pang! Pang! (tips dari budak tak pandai menembak).













:: GRACIAS ::

Pengambilan Kadet ALAM

.
Hye.. lama nye tak update blog.. kepada sesiapa yang comment kat blog tanya macam mana nak masuk ALAM, maafkan saya kerana lama sangat tak update blog nih.. kehidupan kat ALAM ni agak buzy so nak bukak blog pun tak sempat.. Untuk pertanyaan korang tu, cara nak masuk ALAM, juz baca surat khabar je.. kat surat khabar ada tulis bila tawaran pengambilan cadet dibuka.. Untuk pengambilan July 2015 dah tutup 19 April lalu tapi korang jangan kecewa okey.. apa yang perlu korang buat, add or like akaun facebook Akademi Laut Malaysia. Kat pages tu selalu update bila diorang nak ambil cadet.. Biasanya diorang akan bukak tawaran bulan 3 or 4 macam tu sebab pengambilan cadet tiap2 tahun pada bulan 7.. Nak reply komen korang pun saya tak tahu sebab tak tahu setting apa yang telah saya lakukan kat blog ni sampai tak dapat nak reply komen korang.. :( maaf ye.. saya nak habis study dah.. lagi 1 bulan je lagi.. so good luck guys! J

:: GRACIAS ::

Thursday, 3 April 2014

Akademi Laut Malaysia Cadet Intake 2014



Hye.. Lama dah tak update blog nih.. mungkin tak taw apa nak update kot.. hehehe rasanya belum terlambat nak ucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya dalam SPM.. Kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa.. Jangan putus asa kerana perjalanan korang panjang lagi okey.. Buktikan kecemerlangan anda pada masa hadapan.. Cayok2.. So la ni nak share tentang AKADEMI LAUT MALAYSIA INTAKE 2014.. kepada semua yang berminat nak belayar.. mai22 isi borang dulu.. cuba nasib.. yala siapa taw.. jika anda ditakdirkan untuk belayar kan.. Ramai yang add facebook saya then tanya pasal ALAM dan kapal.. Akak macam mana nak mohon? Akak saya hargai minat anda.. sekarang peluang tengah dibuka untuk yang berminat.. yang tak berminat tak usah sibuk2.. hehehehe Kepada yang berminat sila ke link ini :

http://alam.edu.my/admissions/cadetship-2014-intake/


Course yang ditawarkan ::
a) Navigating Officer Cadet (Diploma in Nautical Studies) = bawak kapal lah
b) Marine Engineer Officer Cadet (Diploma in Marine Engineering) = repair engine kapal lah

ENTRY REQUIREMENTS:
  • Single, male / female, not more than 25 years of age on 11 August 2014
  • SPM with minimum ‘C’ or with strong credits in 5 subjects; Bahasa Malaysia, English Language, Mathematics, Additional Mathematics and Physics
  • Mentally, physically and medically fit
  • Minimum height of 158cm and weight of 48kg for male applicants (BMI:18.5 – 24.9)
  • Minimum height of 155cm and weight of 42kg for female applicants (BMI:18.5 – 24.9)
  • Not colour blind
  • Good eyesight without visual aid for Navigating Officer Cadet
  • Visual aid with a limitation of 200 for Marine Engineering Officer Cadet
*Degree and Diploma holders are encouraged to apply
Hah.. kat atas ni requirement dia.. So jika anda berminat dan menepati kateria yang dia mintak,apa lagi.. mohon sekarang.. Pegi ke http://alam.edu.my/admissions/cadetship-2014-intake/ then baca arahan yang ada satu per satu.. fahamkan ye..  pastu download borang yang ada pada link tersebut. Then tukar nama borang yang telah diisi dengan nama seperti yang dikehendaki dalam link tersebut.. hantar email kepada ALAM dengan attachment borang yang telah anda isi.. Itu saja.. Selamat mencuba.. Gud Luck!!



:: GRACIAS ::

Sunday, 9 March 2014

# Salam Pelayaran 8

.

Salam.. Akhirnya tamat sudah praktikal selama 1 tahun di atas kapal.. wah3,, mcm tak percaya jew.. kejap sangat kan?? Susah senang itu semua da jadi pengalaman untuk aku.. 12 bulan atas kapal bukan semua perempuan mampu lakukan.. hahh.. sekarang time cuti pulak.. bulan 7 ni baru masuk Akademi Laut Malaysia semula untuk final year (seniorrr) hehe..   

Ni mungkin salam pelayaran yang terakhir ye.. akan sambung balik salam pelayaran ke 9 pada tahun 2016 nanti sebagai officer atas kapal...hehehe berakhir sudah zaman cadet... 


Bagi yang berminat untuk masuk ALAM,next intake pada bulan 7 ni okey?? Gud luck.. Prepare sebab nak masuk alam.. nanti kena buat essay.. :) Sampai di sini dululah.. TATA  

:: GRACIAS ::