Saturday, 7 December 2013

# Salam Pelayaran 7

.
 Hye! Lama betul lah tak update blog nih.. maklumlah seafarer.. bz hal dilautan tapi masih tak lupa daratan ye.. Sekarang fara di atas kapal MV Marina Star 35510. Kapal berada di Kemaman. Masih praktikal lagi sebagai deck cadet. Seatime mungkin habis dalam bulan 3 tahun depan dan masuk Akademi Laut Malaysia semula untuk 3rd year. Korang nak taw banjir di Kemaman memang terok dan kiteorang jugak merasakan kesusahannya sekali walaupun kami dilaut dan banjir di darat. Disebabkan banjir yang teruk, kapal putus dari bekalan makanan. Macam mana nak beli makanan? Semua kedai tutup.. Hai.. Nasib baik lah ada jugaklah makanan atas kapal nih.. Nak taw mcm mane? hah! Cook pancing ikan kat laut la.. Caye tak? :) 

Memandangkan fara naik kapal baru,company baru so paperwork pun semuanya baru.. kerja pun baru.. banyak kerja.. Seasick tak? Gile tak seasick! Kapal goyang giler2.. Pening taw! Dekat seminggu jugaklah aku seasick.. :'( masa seasick korang taw fara fikir nak balik rumah je! sangat2 tak larat. Macam mane rasa seasick ek? Korang nak taw kew? Seasick ni banyak.. salah satunya pening kepala, tak dapat makan, perut masuk angin,rasa perut mengolodak2, mengantok.. hah! banyak lah.. ada yang teruk sampai tak boleh bau nasi terus. Kalau bau je nasi,dia muntah.. Tapi fara Alhamdulillah la kan time seasick ar banyak fara makan. hahaha Kalau fara seasick,fara kena makan benda manis atau masam macam coklat,gula2, dan paling berkesan,buah limau.. kalau makan buah limau,fara akan hilang rasa mabuk tu.. hahaha tapi ada sesetengah orang masa seasick,dia tak boleh makan benda manis2 nih.. Tapi fara boleh je.. hahahaha


Hah hari ini fara dah bagi korang tips untuk hilangkan mabok laut (seasick).. ada jer ubat untuk hilangkan seasick,tapi fara cadangkan jangan amik ubat tu coz nanti korang akan bergantung je pada ubat tu.. baik biarkan seasick tu hilang sendiri. tu kalau korang lama lah atas kapal tu.. kalau kejap je,amik jelah seasickness pill untuk hilangkan seasick tu.. atas kapal banyak je pill tu.. :)




Ni limau untuk aku sorang je.. :)
rough


ni lah cuaca di laut
Saya paling depan nih.. ahaha


yeah!!! hehehe padahal belum habis belajar lagi..hihi


Sesiapa yang berminat nak masuk ALAM, rajin2 lah bukak   alam.edu.my... dan tengoklah

blogspot nih 
akademilautmalaysia.blogspot.com .. Korang jugak boleh ikut fb ALAM.. :)

ada fb okey.. hehehe gud luck! ^_^


:: GRACIAS ::